PJM3106: ANATOMI DAN FISIOLOGI

Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan ‘tome’ bermaksud memotong.

Fisiologi pula ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh dan bagaimana ia berfungsi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Dalam anatomi dan fisiologi manusia ini, ia merangkumi bahagian-bahagian otot, tulang dan juga sendi. Untuk menggerakkan anggota tubuh kita, kita memrlukan sistem otot.

Sistem otot terdiri dari beberapa bahagian yang saling terpisah. Sebagian besar otot kita melekat pada kerangka tubuh. Otot dapat mengecut dan dapat juga menegang. Oleh itu, susunan otot adalah suatu sistem alat untuk menguasai gerak aktif dan posisi tubuh kita.

Sekitar 40% berat dari tubuh kita adalah otot. Tubuh manusia memiliki lebih dari 600 otot rangka. Otot bekerja dengan cara mengubah lemak dan glukosa menjadi gerakan dan energi panas. Otot rangka ini biasanya melekat pada tulang secara langsung ataupun dengan bantuan tendon. Otot bekerja secara berpasangan dengan bergerak bersama dan atau secara berlawanan.

No comments:

Post a Comment