Definisi Budaya, Melayu dan Pantang

DEFINISI BUDAYA



Edward B. Taylor ( 1871)

Satu keseluruhan sistem yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang ,adat resam dan kebolehan-kebolehan lain, serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakatnya.



Leslie White (1947)

Satu organisasi fenomena - perlakuan (pola tingkah laku), objek (alat bertukang dan barang lain yang dibuat daripada alat tadi), idea (kepercayaan dan ilmu pengetahuan), dan sentimen (sikap, nilai) - yang bergantung kepada penggunaan simbol



DEFINISI MELAYU

Dari sudut sosiologi/antropologi, Melayu ialah suku bangsa di Kepulauan Melayu (Nusantara), termasuk pelbagai kelompok serumpun bahasa dalam kalangan kelompok Bahasa Melayu-Polinesia. Kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka di seluruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu.Di Malaysia, Melayu ditakrif dengan makna yang khusus serta tertentu bagi kelompok masyarakat yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat Melayu dan beragama Islam. Takrif yang bersifat tatakelakuan ini terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan digunakan khusus bagi maksud tafsiran undang-undang Malaysia.

Pantang larang

Adalah segala peraturan yang berkaitan dengan pelbagai aktiviti orang Melayu yang dikenakan menurut kepercayaan sesebuah masyarakat terhadap anggotanya untuk tujuan tertentu.

Petanda,

sesuatu alamat atau isyarat yang ditafsirkan oleh orang Melayu daripada gejala-gejala alam, perlakuan haiwan atau isyarat daripada menilik mimpi yang dipercayai mempunyai makna tertentu yang kelak akan mempengaruhi perlakuan manusia



Disediakan oleh:

Firhan Abqari . Blogspot.com -- Care To Visit