BMM3101: GAYA PEMBELAJARAN


Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat.

Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar.

Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal.

Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut :

  • Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar
  • Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu.
  • Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
  • Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

No comments:

Post a Comment