WAJ3106: MODENISASI DI MALAYSIA

MODENISASI DI MALAYSIA

Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kedatangan penjajah British.

Ekonomi:

Peringkat awal

- Ditumpukan kepada prasarana ekonomi

- Pembangunan pertanian

- Industry gentian import

Akhir tahun 1960-an

- Mula diasaskan kepada pembangunan teknologi

- Peralihan kepada industry gentian-import kepada industry beroerientasikan eksport

2000-an

- K-ekonomi (ekonomi yang berasakan ilmu atau knowledge)

Secara keseluruhan,

- Pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat di ukur dengan (KDNK) yang baik.

- 8-9 % terutama pada 1980-an dan1990-an

Politik:

Disebabkan proses migrasi dan penjajahan, Malaysia menjadi sebuah Negara bangsa yang sempadan wilyahnya terdiri daripada gabungan daerah yang berbeza.

Hubungan Etnik:

Pembangunan ekonomi merupakan kunci kepada pembinaan Negara bangsa. Cita-cita pembinaan Negara bangsa selalunya gagal sekiranya pembangunan ekonomi tidak mantap seperti kita saksikan berlaku di Afrika.

Acuan Ekonomi Malaysia:

Ekonomi Malaysia terbentuk dengan cirri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah oleh British.

Ciri-ciri Etnik Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi

Demografi dan Politik

- Etnik melayu merupakan etnik majority dalam aspek demografi dan politik.

- Ini tidak bermakna etnik Melayu turut majority dalam bidang yang lain.

Ekonomi

- Faktor yang menentukan siapa yang menjadi majority bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.

- Dalam hal ini etnik cina merupakan majority oleh kuantiti hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik lain.

- Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.

- Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969.

Perancangan Pembangunan Lima Tahun

1950-1955: Draft Development Plan of Malaya

1956-1960: Rancangan Malaya Pertama

1961-1965: Rancangan Malaya Kedua (selepas sahaja pilihan raya umum 1959)

1966-1970: Rancangan Malaysia Pertama

1971-1975: Rancangan Malaysia Kedua (hasil daripada peristiwa 13 Mei 1969)

1976-1980: Rancangan Malaysia ketiga

1981-1985: RMK - 4

1986-1990: RMK – 5 (RMK 2-5 ditumpukan untuk mencapai matlamat DEB)

1991-1995: RMK – 6 menitikberatkan industry berasaskan teknologi yang lebih maju

dan dasar penswastaan

(1996-2000: RMK – 7) + (2001-2005: RMK – 8) memberi perhatian kepada atas

industry berteraskan k-ekonomi

2006-2010: RMK – 9 ( isu pembangunan manusia atau disebut sebagai “modal insan”)

No comments:

Post a Comment