Showing posts with label PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN. Show all posts
Showing posts with label PSS 3106 POLITIK DAN KERAJAAN. Show all posts

POLITIK DAN KERAJAAN (SAINS POLITIK)

POLITIK DAN KERAJAAN (SAINS POLITIK)

•Bidang ini membincangkan persoalan mengenai kegiatan masyarakat dalam aktiviti politik. Dengan kata lain ia melihat peranan individu dan masyarakat dalam institusi politik seperti kerajaan dan parti.

•Peranan ini digambarkan melalui cara individu berinteraksi di dalam sistem politik untuk mendapat kuasa dan seterusnya menentukan bentuk institusi politik seperti kerajaan.
•Berlaku evolusi sistem politik tradisional ke moden. Dalam sistem politik tradisional terdapat 2 golongan iaitu golongan atasan dan bawahan.
•Dalam sistem politik moden ciri terpenting ialah negara, hak asasi manusia, kepentingan rakyat, kumpulan-kumpulan berkepentingan dan kedaulatan rakyat.
•Politik merujuk kepada negara (state), kekuasaan (power), pembuatan keputusan (decision making), kebijaksanaan (policy making) dan pembahagian (distribution).
•Sains politik adalah kajian sainstifik mengenai negara, kekuasaan, pembuatan keputusan, kebijaksanaan dan pembahagian nilai-nilai.
•Kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu parti yang menang dalam pilihanraya (memerintah), penyokong kerajaan dan pembangkang. Terdapat beberapa jenis kerajaan di dunia spt autokratik, republikan, totalitarian, demokrasi.
•Kerajaan moden yang ada pada hari ini, kuasa dan skopnya lebih luas berbanding kerajaan tradisional.
•Kerajaan boleh didefinisikan sebagai satu rangkaian institusi yang kompleks yang mentadbir negara.

• Henry B.Mayo dalam bukunya Introdution to Democratic Theory menjelaskan negara
demokrasi ialah negara dimana dasar-dasar awam digubal atas keputusan ramai oleh
perwakilan-perwakilan yang dipilih secara sah melalui pilihanraya yang dijalankan dalam
suasana kesaksamaan dan kebebasan berpolitik.
• Antara ciri negara demokrasi ialah:
i.terdapat lebih daripada satu kumpulan politik yang
bersaing untuk mendapatkan kuasa politik berdasarkan peraturan yang telah digubal.
ii.Pemilihan pemimpin ke dalam kerajaan adlah terbuka.
iii.Terdapat pilihanraya umum
iv.Terdapat kumpulan pembangkang
v.Terdapat kebebasan awam.
vi.Terdapat desentralisasi antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Autokrasi
•Satu bentuk kerajaan yang dikuasai orang perseorangan yang mempunyai kuasa tidak
terhad (Hunt and Colander, 1996)
•Ada dua jenis kerajaan autokrasi iaitu autoritarian autokrasi dan totalitarian autokrasi.

•Kerajaan autokrasi autoritarian merupakan kerajaan yang dipimpin oleh seorang diktator. Ia
mengharamkan sebarang kegiatan yang boleh mengancam kedudukan pemerintahannya.
•Kerajaan aotokrasi totalitarian ialah sebuah kerajaan yang mahu mengawal seluruh kegiatan
kehidupan masyarakat didalamnya.Cth China dan Korea Utara.
•Ciri-ciri pemrintahan autokrasi:
i. kebebasan awam tidak dipentingkan
ii.kekerasan dan ugutan selalu digunakan
iii.kuasa pemerintahan terletak di tangan satu elit politik tradisional atau moden spt tentera.
iv.penguasaan satu aprti.
•Peranan kerajaan:
i.meninggikan taraf hidup rakyat
ii.menggubal dan melaksanakan undang-undang.
iii.memastikan pemuafakatan antara rakyat sentiasa wujud
iv.memelihara kebebasan individu.

PSS 3106-Doktrin pengasingan kuasa

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Doktrin pengasingan kuasa yang membabitkan tiga cabang kerajaan iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman adalah berkesan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata pengasingan kuasa itu menyebabkan kes-kes yang dijalankan di mahkamah tidak akan dicampuri mana-mana pihak dan terdapat kes yang langsung tidak memihak kepada eksekutif.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang inginkan penjelasan bahawa Mahkamah Persekutuan pada 2007 memutuskan bahawa doktrin pengasingan kuasa tidak berlaku di negara ini.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mengenai rasional meletakkan Majistret dan Hakim Mahkamah Sesyen di bawah kuasa Pejabat Peguam Negara, Mohamed Nazri berkata ia sebenarnya terletak di bawah tanggungjawab Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

"Pejabat Ketua Pendaftar ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab mentadbir mahkamah di seluruh negara merangkumi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah (Majistret dan Sesyen).

"Semua Majistret dan Hakim Mahkamah Sesyen yang dilantik adalah anggota Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman," katanya.

Mohamed Nazri berkata pelantikan Majistret di Wilayah Persekutuan pula adalah melalui Yang di-Pertuan Agong manakala di negeri lain, mereka dilantik oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri atas syor Ketua Hakim Negara.

Menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai tidak ramai peguam berkualiti menyertai badan kehakiman untuk menyelesaikan kes tertunggak dan sebagainya, Mohamed Nazri berkata antara lain, masalah itu berpunca daripada gaji yang dianggap rendah dalam badan kehakiman berbanding swasta.

"Dalam pelarasan gaji baru-baru ini, gaji sebulan Hakim Mahkamah Tinggi adalah antara RM13,000 dan RM17,000, gaji Hakim Mahkamah Rayuan pula antara RM13,600 dan RM18,500, manakala gaji Ketua Hakim Negara adalah RM25,000 saja," katanya.

Beliau berkata untuk mengatasi masalah itu, beliau dan Ketua Hakim Negara bersetuju mewujudkan skim sementara dengan menggalakkan pengamal undang-undang menyertai badan kehakiman bagi tempoh dua tahun.

"Mereka akan dilantik sebagai Pesuruhjaya kehakiman bagi tempoh itu bagi membantu menyelesaikan kes-kes tertunggak. Selepas dua tahun itu, mereka boleh keluar daripada badan kehakiman," katanya.

-- BERNAMA