Definisi Audit Hijau


Kajian kali ini merupakan kajian audit hijau yang dilakukan di kawasan sekitar institusi. Menurut kamus dewan edisi keempat , audit didefinisikan sebagai pemeriksaan dan pengesahan kira-kira. Hijau pula ditafsirkan sebagai warna daun ataupun rumput.

Daripada sudut pandangan pembangunan lestari boleh dikatakan bahawa audit hijau merujuk kepada satu aktiviti pemeriksaan dan pengesahan ke atas kehijauan alam sekitar.

Kajian audit ini adalah penting bagi meningkatkan kualiti di sekeliling kawasan kajian dan individu sekali gus mendidik individu dalam masyarakat untuk belajar memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar berfungsi.

No comments:

Post a Comment